Friday, May 20, 2011

ada satu kisah :)


insyaallah sama2 kita hayati dan ambil manfaat dari kisah ini.. :)

......................................................................

bismillahirrahmanirrahim..

Satu petang yang damai di dalam sebuah komuter. Setiap penumpang menghabiskan waktu petang duduk di kerusi masing2. Sesekali bunyi gemerencing roda dan landasan membuatkan mereka memaling dan melontarkan pandangan ke luar jendela menghayati arus perjalanan. Di dalam gerabak ada yang mengambil masa melelapkan mata , yang lain membaca buku dan majalah. Ada juga yang berbual mesra dengan suara yang sederhana.


Tiba di satu stesyen, pintu terbuka. Menjengah masuk ke dalam seorang bapa dengan dua orang anak lelaki kecilnya. Si bapa mencari kerusi yang masih kosong, melabuhkan punggung , menyandar diri mencari keselesaan dan terus melelapkan mata. Tinggallah kedua-dua orang anak lelaki kecilnya berlari dengan bising dari hujung ke hujung, memanjat tiang dan bergayut pada tempat gantung tangan selain bergumpal sesama sendiri sehingga menjatuhkan buku dan majalah penumpang lain.

Penumpang di dalam gerabak itu memandang sesama sendiri dengan wajah marah. Suasana gerabak telah berubah menjadi kalut dan merimaskan bahana dua orang anak kecil ini. Lebih menyakitkan hati apabila melihat si bapa yang tersandar dan tenggelam dalam dunianya sendiri.

Seorang penumpang bangkit dan duduk di sebelah si bapa dan berkata dengan lembut dan perlahan menahan rasa gerutu, "Saudara, maafkan saya..anak anda sebenarnya sangat mengganggu kami."

Si bapa terkejut sambil membetulkan duduknya dan memohon maaf berkali-kali. Tiba-tiba kelihatan ada air mata bergenang di kelopak matanya dan suaranya tersekat di kerongkong. Wajahnya berubah, sambil menarik nafas panjang dia seperti menyimpan sesuatu yang sangat berat.

" Sebenarnya pada minggu lepas, isteri saya sering mengadu sakit di bahagian dalam kepalanya. Kami pergi sebuah hospital pakar dan hasil ujian sangat mengejutkan kerana terdapat satu ketumbuhan yang sangat menekan otak isteri saya dari dalam. Dia rupa2nya mengalami penyakit Lampington. Sejak hari itu dia ditahan di hospital dan terpisah dengan dua orang anak kami ." Tuturnya penuh sayu dengan nada yang sangat perlahan.

" Saudara.. sejak hari itu dua orang anak saya bertukar menjadi sangat murung. Mereka tidak mahu menjamah makanan dan apabila tidur malam pula sering terkejut sambil memanggil ibunya. Tiada yang dapat saya lakukan sama sekali . " Dia berhenti sambil melontarkan pandangan ke arah kedua-dua anaknya yang leka bermain.

" Semasa melawat isteri saya, dia sering mendesak untuk berjumpa dengan kedua-dua anak ini tetapi kami tidak mendapat kebenaran untuk itu. Pada hari semalam sambil menangis dan memegang tangan saya, isteri saya merayu untuk berjumpa dengan anak ini walau dengan berapa harga sekalipun. "

Bicara terhenti lagi menahan sebak.

" Saya bejumpa dengan pihak atasan dan dengan berat akhirnya kebenaran diberikan untuk saya membawa mereka pada hari ini. "

" Semalam apabila saya pulang dan membawa berita gembira ini, anak saya yang murung terus bangkit kegembiraan mereka berlari sekeliling rumah dan mereka hampir tidak tidur sepanjang malam kerana bercerita tentang ibu yang mereka rindui dan esok yang sungguh menyeronokkan . " Tambahnya sambil membetulkan duduknya.

" Hari ini semua berjalan lancar, kedua-dua anak saya telah bersiap awal. Ketika saya mengunci rumah, anak saya tidak habis-habis menarik saya agar saya segera bertolak... Tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi, saya mengangkatnya, suara di hujung talian meminta saya segera ke hospital ."

Sekali lagi dia berhenti menahan sakit di dalam.

" Panggilan itu memberitahu... Isteri saya telah meninggal dunia . "

Kali ini dia berhenti, dia tunduk menahan gelombang sebak di dada. Esakan dan sedu tangisnya jelas kedengaran.



" Saya rasa dunia ini gelap sekali, pedihnya berita ini, peritnya rasa ini. Lebih berat lagi saya tidak punya kekuatan dan abhasa untuk menyampaikan berita ini kepada dua orang anak saya. Saya takut untuk memikirkan kebenaran bahawa seminggu yang murung itu hanya sedikit rupanya berbanding hari-hari mendatang yang bakal mereka lalui tanpa belaian seorang ibu . " Patah bicaranya dalam, sembilu tajam seperti menyayat-nyayat rasanya.

Penumpang tadi tiba-tiba rasa segenap rongganya dilimpahi simpati deras yang menyerbu masuk ke setiap penjuru bersama nafasnya. Dia menoleh dan melihat wajah comel kedua-dua anak kecil yang masih leka bergumpal , tetapi kali ini dengan pandangan dingin degenangi simpati, amat!!! Dia sempat menjeling ke sekeliling pada wajah penumpang lain yang masih lagi mengerut muka dan mencebik menahan kemarahan.

Dia berfikir seandainya semua orang di dalam gerabak ini tahu apa yang sebenarnya berlaku tentu tiada api kemarahan, pasti setiap mereka juga turut akan memberikan selaut simpati.

............................................................................


p/s : Sebenarnya apakah yang membezakan seseorang dengan seseorang yang lain dalam hidup ini terletak pada sejauh mana dia berpengetahuan dan beilmu. Penumpang yang tahu tadi berbeza pandangannya berbanding penumpang-penumpang lain,kan? Itulah keajabaian ilmu.. mereka yang jahil akan bertidak mengikut pandangan kejahilannya.. mereka akan terus-terus bertanya2 dan tanpa disedari mereka menjawab sendiri dengan pandangan yang salah, mengikut persepsi mereka sendiri. Jadi kalau kita x tahu,tanyalah..jangan terus berburuk sangka dan melihat dengan pandangan yang negatif mengikut andaian kita sendiri.. sama2lah kita fikir2kan.. wallahualam.. :)

sumber : buku 'u-turn ke jalan lurus' oleh zul ramli m.razali.

Saturday, May 14, 2011

:)

Alhamdulillah..

Semester dua dh pn selesai..

Bru je kelmarin selesai jawab paper last final exam..

Sekarang tgh nk get ready utk short sem ,elsp ngn alsp2 plk..

Jadual kuliah,tutor ngn kelas sume dah dpt..

Isnin ni start..insyaallah..

doakan ana.. :)

Thursday, May 5, 2011

Alhamdulillah..
selesai sudah 4 paper..
3 paper lagi bakal menyusul selase depan..
ya ALLAH..permudahkanlah segalanya..