Sunday, December 20, 2009

salam maal hijrah :)

salam~
erm,,,tahun baru..
Alhamdulillah...pejam celik pejam celik dh masuk tahun bru..
mcm kejap je mase berlalu kn.. :)
rasenye x terlambat g utk ana ucpkan salam maal hijrah :)
moga tahun ni lebih bererti dan lebih baik dr tahun2 sebelumnya...
n moga kte sume dpt menghijrahkan hati & diri kita dr x baik kpd yg baik..
n dr yg baik kepada yg lebih baik..
utk mencpai keredhoanNYA,insyaALLAH :)

ahlan wassahlan amun jadid.. ^_^

Friday, December 4, 2009

Rahsia di Sebalik Ibadah Haji ^_^

Satu Kisah tentang kefahaman al-Junaid tntg syiar Haji melalui mabadi' al-tasawuf al-Islami. :)

Ia mengenai seorang lelaki yg tlh dtg berjumpa dgn al-Junaid.Lalu al-Junaid bertanya lelaki tersebut :"Adakah kamu meninggalkan semua dosa2 kamu ketika meninggalkan rumah?". Jawab lelaki tersebut " "Tidak." Kata al-Junaid,"Sebenarnya kamu tidak pergi mana-mana."
Tanya al-Junaid lagi, "setiap tempat di mana kamu bermlm adakah kamu berhenti utk ALLAH?" Jawab lelaki itu,"tidak".Berkata al-Junaid,"kamu tidak berhenti dari satu tempat ke suatu tempat."

Kemudian ditanya lagi,"Ketika kamu memakai ihram pada tempatnya adakah kamu meninggalkan sifat2 basyari (kemanusiaan) tatkala kamu menanggalkan baju kamu?" Jawab lelaki itu,'Tidak.' Berkata al-Junaid "Sebenarnya kamu tidak berihram".

Ditanya lagi : Ketika wukuf di Arafah adakah kamu berfikir tentang Allah walaupun dlm satu saat?" Jawabnya."Tidak." Berkata al-Junaid,"Kamu tidak wukuf di Arafah.Ketika kamu pergi ke Muzdalifah utk menunaikan rukun2 kamu adakah kamu menolak semua hawa nafsu?" Jawab lelaki tersebut "Tidak". Berkata al-Junaid, "kamu tidak menunaikannya di Muzdalifah,ketika kamu bertawaf di BaitulLah adakah kamu memahami keindahan Ilahi di rumah suci itu?" Jawab lelaki itu,"Tidak." Berkata al-Junaid,"Kamu tidak bertawaf di Baitullah.

Dan ketika kamu bersa'e antara Safa & Marwah adakah kamu memahami apa itu as-Safa dan al-Maru'ah?" Jawab lelaki tadi "Tidak." Berkata al-Junaid,"kamu tidak bersae." Kemudian ditanya lagi,"Ketika kamu sampai ke tempat korban dan kamu berkorban adakah kamu mengorbankan sebab2 keseronokan dunia?" Jawabnya lagi."Tidak."

Berkata al-Junaid,"Kamu tidak berkorban.Dan ketika kamu melontar Jamrah adakah kamu melontar juga pemikiran2 jasadmu?. " Jawab lelaki tersebut."tidak."Berkata al-Junaid, "kamu tidak melontar jamrah bahkan kamu tidak menunaikan haji."

p/s :Inilah kisah yg digambarkan kepada kita,contoh roh ibadat yg diamalkan oleh ahli sufi.Kisah ini menunjukkan sejauh mana mereka mempertingkatkan diri mereka utk sampai ke darjat yg tinggi dgn menunaikan syiar2 agama yg bertujuan beribadat kpd ALLAH.Marilah sama2 kita mengambil ikhtibar dari kisah diatas utk dijadikan panduan utk mendpt haji yg mabrur apabila menunaikan haji nnt,insyaALLAH..amiin ya Rabbal Alamin :)

Thursday, December 3, 2009

temuduga terbuka! cepat2 isi :)

empat ganjaran lumayan! :
*nikmat kubur
*perlindungan di padang mahsyar
*keselamatan meniti di titian sirat
*syurga yg kekal abadi

lokasi temuduga :
-di dalam kubur (alam barzakh)

kelayakan :
-anda tidak perlu bawa sijil2
-anda tidak perlu membawa pingat
-anda tidak perlu bawa wang atau harta anda
-anda tidak perlu berparas rupa yg cantik,hensem / berbdn besar atau seksi
(anda cuma perlu mebawa dokumen asal iman dan amal)

panel/penemuduga :
-Munkar dan Nangkir (bertauliah)

soalan utama yg akan disoal :
#siapa Tuhan anda?
#apa agama anda?
#siapa Nabi anda?
#Apa kitab anda?
#di mana qiblat anda?
#siapa saudara anda?

cara memohon :
-anda cuma perlu menunggu penjemput Kami yg berkaliber utk menjemput anda.
ia akan menjemput anda pada bila2 masa saja(mungkin sekejap lagi).
Ia akan berlembut kepada org Mukmin dan akan bengis kepada org yg mungkar.
Ia diberi nama malaikat Izrail!

"semoga berjaya"
"selamat menjawab"

pemberitahuan :
soalan2 temuduga ini telah dibocorkan.namun hanya IMAN dan AMAL saja yg akan menentukan dapatkah kita menjawabnya.
Marilah bersama2 kita bersedia,menambahkan amal,moga2 kita termasuk dlm golongan org2 yg berjaya!

p/s : utk renungan bersame :)

biodata iblis laknatullah!

nama : iblis laknatullah
tempat lahir :bermula dari keengganan bersujud kepada nabi Adam
status:fasik kelas pertama
agama:kufur
tempat tinggal(dunia) :di dlm ati mereka yg lalai
tempat tinggal(akhirat) :neraka jahanam
kawasan lepak :setiap tempat yg did dlmnye tiada usaha utk mengingati ALLAH
arah perjalanannya :tiada haluan dan bengkang bengkok
isteri di dunia :setiap wanita yg tidak menutup aurat dan tidak mentaati ALLAH,RASUL dan suaminya
kaum kerabat :semua golongan yg menentang dan memusuhi ALLAH
modal pusingan :angan2 kosong
tempat pertemuan :pasar dan pusat membeli-belah
musuh ketat :orang ISLAM yg beriman dan bertaqwa
kegemaran :melalaikan org dari mengingati ALLAH,menggoda dan menyesatkan
kelemahan :bila org beristighfar
matlamat :spy sume makhluk di muka bumi ini menjadi kafir & sama2 masuk neraka jahanam
lambang :sebarang tatoo
pejabat operasi :tandas,bilik air,tempat bernajis dan tempat maksiat
rakan kongsi :golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia
sumber :segala harta yg diperolehi dari jalan haram dan riba'
makanan kegemaran :daging org mati,segala najis dan kotoran
yg ditakuti :org mukmin yg beriman dan bertaqwa kepada ALLAH
tempoh perkhidmatan :sehingga hari kiamat

Wednesday, December 2, 2009

pakaian mencerminkan keperibadian

kita selalu lupe n x pedulikan tentang pakaian yg dipakai utk mengadap Tuhan..
kita lupa akn hakikat siapa diri kita.
seringkali kita menghadap ALLAH dengan pakaian yg kita pakai hampir seharian.
pakaian tersebut kadangkala tidak kita ketahui sejauh mana kebersihan dan kesuciannya.
Bayangkan seharian kita memakainya ke hulu ke hilir dan kadangkala pakaian tersebut menyapu jalan raye(labuh sehingga mencecah lantai).
Jadilah kita bandaraya yg x rasmi.
Juh bezanya dgn keadaabn kita ketika menghadiri majlis2 keramaian atau kenduri,dengan keharumannya dan pakaiannya yg tanpa sekelumit pun kesan kotoran!


berbeza keaddanya utk kita menghadap ALLAH SWT.
hilang keperihatinan tentang kebersihan sebagaimana yg kita laung2kn.
sedangkan ISLAM amat menitikberatkan hal2 yg berkaitan dgn kebersihan dan kesucian,

telah bersabda RasululLAH SAW
"Kebersihan itu sebahagian daripada IMAN" -hadith riwayat Muslim

manakala ada juga dikalangan kita yg berhias sakan apabila ber'dating',
tetapi bilamasa mengadap ALLAH pula sebaliknya..tidak timbul sedikit rasa malu dihati .
Sembahyang seolah2 menjadi perkara ringan dalam hidup kita.

sedangkan di zaman RASULULLAH ia merupakan satu tanggungjwb yg besar
dan ada dikalangan sahabat yg menggigil tubuh mereka apabila ingin menunaikan tggungjwb ini.
jauh berbeza dgn kita hari ini yg hanya bersembahyg ibarat 'maggi',2 minit dh siap..

oleh itu..sama2lah kita renungi diri kita,ibadat kita,demi kebahagiaan di sana...

sabda RASULULLAH :
" Dunia ini umpama tanam-tanaman utk akhirat "


p/s : utk renungn dan peringatan bersama :)

salam~

erm...x taw la nk tulis ape
x reti senanye nk berblog ni,hu2
ana tgk member2 ana yg de blog,relax je dorg tulis blog..
menarik n pandai ar dorg edit..(menarik la utk dibace yg pentingnye..)

tp..honestly, ana x berape reti nk ber'blog',hu..
opps,bukan x reti ye,x berape reti jer(nk jgk,he2:P)

+ ana ni x berape pandai nk mengarang(jujur nih)
npe ea?xtaw la npe,ha3...

hehe..tp..
insyaallah kalau de mende yg menarik utk ana kongsikan,
ana akan tls kat blog ni..
insyaallah :)
okelah...tu je ana nk ckp:P
salam :)



Friday, July 3, 2009

kerana sepasang kasut.. ^_^


Kisah bermula apabila si abang (Ali) menghantar kasut sekolah si adik (Zahra) yang telah koyak. untuk dibaiki kepada seorang tukang kasut. Dalam perjalanan pulang, si abang (Ali) singgah di kedai runcit untuk membeli tomato dan meninggalkan bungkusan kasut di atas semacam pangkin di luar kedai. Sedang Ali memilih kentang, datang seorang pemungut barang-barang lama (seorang yang buta) dan secara tidak sedar telah mengambil bungkusan yang diletakkan Ali di atas pangkin itu. Sedihlah si abang apabila melihat kasut sekolah adiknya tidak ada di tempat seperti yang dia tinggalkan.

Pulangnya si abang dinanti dengan sabar oleh si adik. Si abang mengalirkan air mata sedih kerana telah membuatkan adiknya kecewa. Mereka punya ibu yang sedang sakit dan ayah yang kuat bekerja, malah digambarkan seorang yang amanah. Ayahnya mengambil upah mengetuk manisan(semacam gula) untuk digunakan dalam majlis di masjid. Zahra membawakan secawan air teh tanpa gula kepada ayahnya. Dia mengira, apalah salahnya ayahnya mengambil sedikit dari gula tersebut. Ayah mereka (karim) menegur Zahra bahawa gula itu hak masjid, dan mereka tidak boleh sewenang mengambilnya untuk kegunaan peribadi. Subhanallah... Biar miskin harta, jangan miskin Iman dan Ilmu!

Pelbagai kisah tragis bermula apabila si adik dan si abang terpaksa berkongsi kasut untuk ke sekolah. Si adik akan berlari selepas waktu sekolah untuk membolehkan si abang pula memakai kasut ke sekolah. Si abang kerap lewat ke sekolah tetapi saya kagum, si abang mencapai markah antara 3 terbaik di dalam kelasnya. Pernah satu ketika, oleh kerana kasut tersebut longgar, dalam pada si adik berlari sekuat hati, kasutnya tertanggal dan terjatuh ke dalam longkang dengan air yang agak deras.

Sampailah ketika di mana si abang memasuki pertandingan marathon hanya kerana teruja dengan hadiah tempat ketiga iaitu sneaker (kasut sukan). Si abang berjanji untuk memenangi tempat ketiga supaya dia boleh menukarkan kasut itu dengan kasut yang lebih sesuai untuk adiknya. Takdirnya, si abang menang tempat pertama. Ternyata dia pulang dengan kecewa. Tetapi mereka tidak sedar bahawa si ayah telah membelikan mereka sepasang kasut seorang.


Wallahualam.

Wednesday, July 1, 2009

renung2an..


Sesungguhnya jika Allah S.W.T mencintai hambaNya
maka Dia akn tenggelamkn hambanya itu dalam dugaan dan ujian..
barangsiapa yg tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh drpd kasih sayang dan rahmatnya..
mana tahu yg diam itu krn zikir kpd Allah,
mana tahu yg senyum itu krn sedeqah,
mana tahu yg sedih itu krn mengenangkan dosa
dan mana tahu yg ceria itu krn bersih hati dan mindanya.
Pahit manis dlm memikul tanggungjawab dan amanah Allah ini terkadang memberi jalan untuk mendapat kemanisan yg tiada terhingga..
walaupun yg dtg..
air mata sering bertandang...

p/s : tiada manusia yg dicipta didunia ini dilahirkan & dewasa tanpa dugaan dan ujian... ingatlah.. Allah takkan jadikan sesuatu dngan sia2..semuanya bersebab dan ada hikmah yg terselindung disebaliknya.. :)


Tuesday, June 30, 2009

bersyukurlah.. ^_^


:) bersyukur pada orang yang menyakiti kamu kerana dialah yang menabahkan kamu...

:) bersyukur pada orang yang menipu kamu kerana dialah yang meningkatkan pengetahuan kamu...

:) bersyukur pada orang yang tidak mengendahkan kamu, kerana dialah yang memupuk kamu berdikari...

:) bersyukur pada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah yang memperhebatkan kebolehan kamu...

:) bersyukur pada orang yang menyeksa kamu kerana dialah yang menguji kesabaran kamu...

:) bersyukur pada orang yang tidak menerima kasih kamu, kerana dialah yang mengajar kamu untuk mengenal cinta ilahi...

:) bersyukur dengan segaka ujian dariNya kerana semuanya meningkatkan iman kamu....

bersyukurlah.. ^_^

Tuesday, June 23, 2009

ya ALLAH..


Allah Ya Allah
Kau Pengasih Kau Penyayang
Allah ya Allah

Kau Pelindung Kau Pengampun
Pada-Mu ya Allah kami Serahkan
Segala ujian kurnia-Mu
Ya Allah... Ya Allah

Kuatkanlah Iman dan kesabaran
Berikan ampunan dalam hidupku
Ya Allah ya Allah..

Monday, June 22, 2009

Akhlak & Peribadi Rasulullah S.A.W.. ^_^




1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah.'Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
aku pukul lah dia.''Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapaengkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.Dilihat oleh parasahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amatsukar sekali.Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.''Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.

'
Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKANLAH PESANKU WALAU SEPOTONG AYAT'


ALLAHUAKHBAR!




keampunan dgn menjawab azan? ^_^

Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yg kaya,hobinya
suka mendengar muzik.Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang
penyanyi yg menjadi penghiburnya.Apa yg menjadi kelebihannya ialah apabila
terdengar saja seruan azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan
pemuziknya itu berhenti utk seketika bagi menghormati azan.Setelah selesai
dan menjawab azan barulah disambung semula,hanya itulah amalan yg sentiasa
dijaganya.Setelah dia meninggal ramai dikalangan orang-orang soleh telah
bermimpi bertemu dgnnya,tanya mereka,"Ibadah apakah yang meyebabkan Allah
mengampunkan dosa mu adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air
antara Makkah dan Madinah?" Jawab Zubaidah"Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur....Sebenarnya aku tidak byk beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila aku terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku tgh berhibur dan mendengar nyanyian maka serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan .Itulah ibadah yg aku benar-benar menjaganya.Sebagai balasan Allah telah mengampunkan dosaku...Apabila datang Malaikat hendak menyeksaku lalu berfirman Allah"kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yg ada didalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka" -Ibnu Sina-

Sifat Api Neraka


Dari sebuah hadis ada diceritakan Allah SWT telah menghantar
malaikat Jibril bertemu malaikat Malik utk mengambil api darinya utk
kegunaan Nabi Adam utk memasak.Malaikat Malik pun bertanya,"Wahai Jibril, berapa bykkah yg kamu mahu?" "Sebesar buah tamar" jawab Jibril.Kata Malik
"Tahukah kamu kalau aku berikan api neraka sebesar yg kamu mahu pasti akan hancur lebur7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya" Kalau begitu berikan
aku separuh buah tamar,kata Jibril "Kalau separuh darinya nescaya langit tidak dpt menurunkan hujan walau setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah "Malaikat Jibril kemudian memohon pertolongan dari Allah utk mengetahui jumlah yg betul.Lalu Allah berfirman "Ambillah sebesar biji sawi"Maka pergilah Jibril mendapatkan api itu kemudian dibasuh dgn 70 buah sungai di syurga.Setelah itu ianya dibawa kepada Nabi Adam dan diletakkan diatas sebuah gunung yg tinggi.Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggal hanya sedikit api itulah yg
digunakan sehingga sekarang.......Lantaran itu terdayakah kita menanggung
azab derita kepanasan di neraka yg apinya jauh lebih panas dr api di dunia
sekarang ini...... Nauzubillah..!

Wednesday, May 27, 2009

kenapa?


Kita sering diuji dalam kehidupan kita ini. Namun tahukah mengapa kita diuji. Manusia diuji oleh ALLAH untuk mendidik jiwa mereka agar tabah dalam menghadapi setiap dugaan yang mendatang. Manusia pula menguji untuk mengetahui sejauh mana kekuatan atau kebolehan mereka terhadap sesuatu perkara. Mari kita sama-sama renungkan ayat yang telah Allah turunkan tentang ujian dalam kehidupan kita sebagai hambaNYA..agar bertambah ketaqwaan dan keimanan kita...

Kenapa AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286


rasa FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

ALLAH knows what's best for us.. ^_^

Allah Knows Best...
Allah Knows What's Best for us

So, why should we complaint
We always want the sunshine
But He knows there must be rain

We always want the laughter and the merriment cheer
But our heart will lose their tenderness
If we never shed a tear

Allah test us often...
Allah test us not punish us
But to help us meet tomorrow
And for every pain He gives us provided we're patient
For growing trees are strengthened
When they were strike by storm
And sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form

So, whenever we feel we're down
And whenever we feel that everything is going wrong
It's just Allah's way to make your spirit strong!
Indeed, ALLAH KNOWS BEST!!!!

Tuesday, May 26, 2009

kenapa wanita menangis?



"Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya.

"Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam,
ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"


Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan wanita. Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.


Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap
bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.


Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.


Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali
anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat
didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya
tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.


Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.


Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat
digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".

SepoHoN sEmaLu.. :)


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah .a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan......

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut...

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai
seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul 'Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Marilah same2 kte ambil pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...




salam mahabbah..slam ukhwah.. ^_^

ahlan wassahlan..~
salam alaik..
hr ni tetibe rase nk aktifkan lek blog yg dah sekian lame ana x aktifkan ni..
dulu un mase buat blog ni x pk pape un..just sign up je.. :P
seb bek ley bukak lg..fuhh.. :)
ana harap dgn blog ni..ana akn dpt berkongsi manfaat or berkongsi pendapat or pape jelah dr antum2 yg singgah2 or ter'singgah blog ana ni..
ahlan wasahlan..wamarhaban bikum..
salam ukhwah
:):)