Kisah bermula apabila si abang (Ali) menghantar kasut sekolah si adik (Zahra) yang telah koyak. untuk dibaiki kepada seorang tukang kasut. Dalam perjalanan pulang, si abang (Ali) singgah di kedai runcit untuk membeli tomato dan meninggalkan bungkusan kasut di atas semacam pangkin di luar kedai. Sedang Ali memilih kentang, datang seorang pemungut barang-barang lama (seorang yang buta) dan secara tidak sedar telah mengambil bungkusan yang diletakkan Ali di atas pangkin itu. Sedihlah si abang apabila melihat kasut sekolah adiknya tidak ada di tempat seperti yang dia tinggalkan.
Pulangnya si abang dinanti dengan sabar oleh si adik. Si abang mengalirkan air mata sedih kerana telah membuatkan adiknya kecewa. Mereka punya ibu yang sedang sakit dan ayah yang kuat bekerja, malah digambarkan seorang yang amanah. Ayahnya mengambil upah mengetuk manisan(semacam gula) untuk digunakan dalam majlis di masjid. Zahra membawakan secawan air teh tanpa gula kepada ayahnya. Dia mengira, apalah salahnya ayahnya mengambil sedikit dari gula tersebut. Ayah mereka (karim) menegur Zahra bahawa gula itu hak masjid, dan mereka tidak boleh sewenang mengambilnya untuk kegunaan peribadi. Subhanallah... Biar miskin harta, jangan miskin Iman dan Ilmu!
Pelbagai kisah tragis bermula apabila si adik dan si abang terpaksa berkongsi kasut untuk ke sekolah. Si adik akan berlari selepas waktu sekolah untuk membolehkan si abang pula memakai kasut ke sekolah. Si abang kerap lewat ke sekolah tetapi saya kagum, si abang mencapai markah antara 3 terbaik di dalam kelasnya. Pernah satu ketika, oleh kerana kasut tersebut longgar, dalam pada si adik berlari sekuat hati, kasutnya tertanggal dan terjatuh ke dalam longkang dengan air yang agak deras.
Sampailah ketika di mana si abang memasuki pertandingan marathon hanya kerana teruja dengan hadiah tempat ketiga iaitu sneaker (kasut sukan). Si abang berjanji untuk memenangi tempat ketiga supaya dia boleh menukarkan kasut itu dengan kasut yang lebih sesuai untuk adiknya. Takdirnya, si abang menang tempat pertama. Ternyata dia pulang dengan kecewa. Tetapi mereka tidak sedar bahawa si ayah telah membelikan mereka sepasang kasut seorang.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment