
'' Wahai Abu Bakar,begitu rinduku hendak bertemu dengan saudara-saudaraku(ikhwan),'' berkata Nabi S.A.W..
'' Wahai RasululLah,bukankah kami ini teman-teman engkau?'' jawab Abu Bakar.
"Bukan!'' jawab Nabi
''Kamu ini adalah sahabat-sahabatku,'' selanjutnya Nabi berkata dan menjelaskannya.
Keterangan Nabi itu sungguh menghairankan Abu Bakar,juga sahabat2 lain yg hadir. Apakah bezanya antara sahabat dan ikhwan,siapakah yg dimaksudkan Nabi S.A.W dgn penuh kerinduan? Demikian persoalan yg bermain dlm fikiran mereka dan suasana percakapan menjadi lebih serius kerana masing2 ingin tahu mngenainya,malahan ini persoalan yg belum pernah mereka dengar dari Nabi Muhammad S.A.W.
Nabi memahami suasana yg ada bila keterangan baginda mengejutkan Abu Bakar dan sekalian sahabat yg ada di majlis itu. Maka segeralah baginda menghuraikannya.
"Ikhwan (saudara-saudara)ku."
"Mereka belum pernah melihat aku,tetapi mereka beriman dengan aku sebagai RasululLah dan mereka mencintaiku. Aku dicintai melebihi dari anak dan orang2 tua mereka."
"Ya Rasulullah,bukankah kami ini ikhwan engakau?'' bertanya sahabat baginda,mereka masih merasa hairan dan ingin mngetahui penjelasan Nabi Muhammad S.A.W. selanjutnya.
"Kamu adalah sahabat-sahabatku.." ujar Nabi S.A.W.
"Wahai Abu Bakar,adalah engkau tidak akan merindui kepada ikhwanku itu kerana juga mencintai engkau kerana engakau sahabatku?" Demikian Nabi memperjelaskan perkara itu.
Begitulah Nabi S.A.W menerangkan bahawa mereka itu umat sesudah wafatnya baginda. Mereka itu berIman kepada ALLAH dan Rasul-Nya walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan baginda. Mereka membaca Al-Quran dan Hadith dan kerana itu mencintaiNya sebagai Rasul ALLAH yg terakhir.Mereka juga mencintai Abu Bakar As-Siddiq dan sahabat-sahabat Nabi yg berjuang utk menegakkan Islam.
Dalam satu waktu yg lain,baginda membicarakan kepada sahabat-sahabat tentang kemurnian Iman Ikhwan dan sekali lagi mereka kehairanan.
"Siapakah makhluk ALLAH yg paling ajaib Imannya?" Demikian Nabi S.A.W bertanya kepada sahabat.
"Malaikat" jawab mereka.
" Bagaimana Malaikat tidak beriman dengan ALLAH sedangkan mereka sentiasa hampir dengan ALLAH?" jawab baginda.
"Para Nabi," jawapan mereka lagi.
"Bagaimana para Nabi tidak akan berIman sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka?" Nabi S.A.W membantah jawapan mereka.
"Kami," jawab sahabat lagi
"Bagaimana kamu tidak akan beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kamu?" jawab Nabi S.A.W.
Betapa hairannya para sahabat mendengarkan jawapan bagunda itu dan mereka sudah cukup dapat memahaminya.Manakala Nabi sedia maklum betapa mereka amat ingin mengetahui siapakah makhluk ini,yang paling ajaib imannya.
"Makhluk yg paling ajaib Imannya ialah mereka yg hidup sesudah aku. Mereka membaca Al-Quran dan berIman dengan semua isinya."
Nabi S.A.W pernah menegskan lagi tentang kemurnian Iman ikhwan ini dalam sabdanya:
" Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan berIman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali orang-orang yang berIman dengan aku,tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku."
Demikian Nabi S.A.W mencintai umatnya...SubhanalLAH... T_T
nota : SubhanalLah..lihatlah betapa Nabi Muhammad S.A.W merindui kita..umatnya... tp kita? sama2lah kita renung2kan... ya Rasulullah..kami rindu padamu...
No comments:
Post a Comment