bismillahirrahmanirrahim...

malam ni aku sendiri..
bersama diari kesayanganku..
mengenang kenangan2 dulu..
kenangan2 yang pernah hadir
memenuhi ruang hidupku..
diari yg masih erat di peganganku..
ku buka satu persatu helaiannya..
tulisan2 kenangan..coretan2 perasaan..
masih elok terukir di ruang2 helaiannya..
sekejap ku buka helaian..
sekejap ku tutup..
kemudian ku buka kembali..
mataku terus meneliti setiap bait2 kata..
fikiran lantas mengeluarkan tayangan kisah lalu..
hati pantas menggamit kerinduan yg bertubi2 datang
menyesakkan dadaku...
kadang kala senyuman terukir dibibirku..
kadangkala juraian air mata membasahi pipi..
terlalu banyak kenangan2 yg x mungkin aku lupakan..
baik yg indah mahupun yg bisa membuatku menangis..
Allah..
terima kasih ya ALLAH..
KAU hadiahkan aku kenangan yg amat bermakna..
kisah suka duka perjalanan hidupku ini..
tawa,ceria,gembira,sedih yg kurasa..
membuatkan ku lebih matang
melalui perjalanan merentasi titian2 hidupku...
kenangan2 ini juga membuatkan ku lebih bersemangat..
utk terus menjalani hari2 ku...
terima kasih ya ALLAH..
satu persatu kenangan kembali
memenuhi ruang fikiranku..
ya..sungguh
setiap yg berlaku ada hikmahnya..
ya ALLAH..ku bersyukur ya ALLAH..
setiap kesedihanku..kau hadiahkan ku kegembiraan..
setiap kesusahan kau hadiahkanku kesenangan..
setiap yg perit kau gantikan dengan kemanisan..
ku bersyukur YA ALLAH...
ya ALLAH
ampuni juga segala dosa2ku ya ALLAH..
dosa2 yg pernah ku lakukan selama ini..
kuatkanlah aku utk terus melayari perjalanan2 ku..
menuju ke kampung akhirat yg kekal abadi..
tetapkanlah aku dijalanMU ya ALLAH..
tiada yg lebih ku harapkan..
selain cinta..rahmat dan mardhatillah dariMu...
diari yg ku pegang..
ku tutup dan ku peluk erat..
kenangan..ya kenangan ini..
membuatkan aku rindu...
kenangan yg tak mungkin dapat berputar kembali..
yg tak mungkin dpt diulang dan diteroka kembali..
sungguh..aku rindu..sungguh rindu..
terima kasih ya ALLAH..
KAU izinkan aku bernafas lagi..
melayari dan meneruskan hidup ku di muka bumi ini....
terima kasih juga kepada sesiapa saja..
yg pernah hadir dalam hidup ini..
baik hadirmu membawa sinar keceriaan mahupun kesedihan..
ketahuilah..kehadiranmu amat bermakna bagiku..
ku bersyukur ditemukan dengan insan2 sepertimu..
yg pernah mewarnai hari2ku..
mungkin..
saat ini juga akan menjadi kenangan...
ya..hari ini bakal menjadi kenangan utk hari esok..
hari esok bakal menjadi realiti seperti hari ini..
tp..masihkah ada hari esok utkku?
masihkah ada peluang utkku merungkai kembali kenangan2ku?
ALLAH..hanya ALLAH ada jawapannya..
2 comments:
hidup sememangnya dihiasi dengan warna warni sedih, gembira, marah dan tertawa.
tetapi itulah yang akan mematangkan manusia yang bergelar hamba. Mengetuk pintu hati kita.
Masih ingatkah kita sirah baginda terulung. Bagaimana Rasulullah sendiri tidak sempat melihat raut wajah bapanya. Ditakdirkan Allah, ibunya pula meninggal ketika baginda masih kecil. Kemudian baginda diuji lagi dengan Allah mengambil nyawa dua orang yang disayangi baginda pula iaitu datuknya dan isterinya, Siti Khadijah. Apabila baginda pergi berdakwah ke Taif dakwah baginda pula dibalas dengan lemparan2 batu dari penduduk Taif sehingga darah mengalir dari tubuh baginda.
Banyak yang kita belajar dari sirah baginda. Kesedihannya, keperitannya tidak tertara. Bagaimana baginda tetap bahagia?
Akhirnya, apa yang Allah nak ajar kepada kita dari kisah Rasulullah ini?
Sama2 kita perhalusi sirah baginda. InsyaAllah. Kesedihan tidak akan berlarutan selamanya.
waLa tahinu wala tahzanu wa antumul a'launa in kuntum mukminiin.
Takjub dengan orang mukmin. Apabila ditimpa musibah, mereka bersabar. Apabila mendapat nikmat, mereka bersyukur. Kedua2nya adalah baik bagi mereka.
^^
anonymous : syukran kathir wahai hamba ALLAH atas komen ent yg sgt bermanfaat juga utk peringatan wat diri ini n sahabat2 len.. sungguh kisah hidup Rasulullah S.A.W bila dihayati bisa membuatkan hati ini terusik..ya..sememangnya baginda menghadapi kehidupan yg lebih perit dan sgt mencabar berbanding kita,umatnya.. syukran..
Post a Comment