بسم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum
selamat pagi... ^_^
semoga hari ni lebih bermakna dari semalam...
hari ni saya nak kongsi tentang 'sesuatu' yang saya dapat masa kfiqhw hari tu:)
pembentangan oleh dr.Zaharuddin
tentang~
"Wanita Solehah Pendamai Dunia"
(sebahagian dari pembentangannya)
SOLEHAH mendamai dunia melalui :
1) SOLEHAH DIRI
1) menyedari diri tidak sempurna lalu melazimi taubat & muhasabah diri
2) mendahulukan pandangan berasaskan nas dan aqal bukan emosi semata-mata
3) mementingkan soal kualiti iman dan aurat berbanding kecantikan luaran
4) Redha dan sabar dengan cabaran kehidupan sebagai muslimah
5) Menyedari target bahagia bukan semata pada kebendaan, pangkat, pencapaian duniawi tetapi
pada keredhaan Allah di dalam hati
6) menyertai amar makruf nahi mungkar..
2) SOLEHAH PADA SUAMI
1) Menasihati suami dalam bentuk yang hikmah lagi tepat
2) tidak mengorek kesalahan suami sebaliknya mendoakan dan hanya menasihati tatkala
kesalahan terzahir jelas dan mulai membuah tanda negatif
3) menyedari suami juga tidak sempurna lalu mendoakan suami dan memaafkan
4) wujud tumpuan waktu untuk memahami minat & kesukaan suami lalu mendalaminya
5) menutup aib suami dari kaum kerabat, rakan dan awam
3) SOLEHAH PADA ANAK-ANAK
1) Anak lebih diutamakan dari kerjaya, pangkat dan harta
2) mendidik anak dengan perancangan dan plan bukan spontan
3) Kasih sayang dan akhlak terpuji model ikutan buat anak-anak
4) pendidikan ilmu agama anak-anak lebih utama dari segala jenis pendidikan yang lain
4) SOLEHAH PADA KEJIRANAN
1) dikenali oleh kejiranan dan menjaga nama baik diri dan keluarga
2) wujudnya dia menyebabkan aktiviti buruk menjauh, kebaikan mendekat
3) tiada mengumpat dan mengadu domba serta menunjuk-nunjuk perhiasan diri
4) menjaga batasan aurat & pergaulan dengan kaum lelaki jiran2, anak dan suami jiran
5) tidak menjadikan isu tanah, pokok, parking dan hiasan rumah sebagai
punca cemburu & gaduh
5) SOLEHAH PADA KERJAYA & TEMPAT KERJA
1) aurat dan pergaulan terjaga
2) izin suami untuk bekerja
3) bekerja bukan untuk bersaing dan menayang kehebatan mencari wang tambahan
4) wang tambahan bukan niat untuk 'protection' jika diceraikan
5) tidak abaikan pendidikan anak dan keperluan suami
6) kemulian wanita bukan pada kerjaya
6) SOLEHAH PADA MASYARAKAT
1) menyumbang kepada kebaikan masyarakat
2) menulis , bersyarah dan nukleus positif melalui keluarganya
3) terlibat aktiviti awam , menuntut ilmu dan menganjurkan program
___________________________________________________________________
خير متاع الدنيا المرأة الصالحة
"sebaik-baik perhiasan(kecantikan) di dunia adalah wanita solehah"
* takda wanita yang taknak jadi baik, semua nak jadi baik. :)
sama-sama kita mencapai impian kita utk menjadi antara wanita-wanita solehah.
in sha Allah..ameen... :')
p/s :doakan saya ! :')







No comments:
Post a Comment